Link Collider

Monday, April 21, 2014

Sudah masanya Obama untuk melawat Malaysia

Hubungan antara Amerika Syarikat dan negara kita Malaysia,iaitu sebuah negara Muslim-majoriti moderat, telah hangat dirasakan dalam akhir-akhir ini ke tahap yang dapat disaksikan dalam beberapa dekad ini. Sejak pemilihan Presiden Obama dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada tahun 2009, kedua negara telah menunjukan komitmen untuk sebuah era baru dan hubungan dua hala yang lebih dekat melalui peningkatan politik, keamanan, ekonomi, dan kerjasama kerajaan dan rakyat. Kunjungan ke Malaysia oleh Obama ini akan membantu memantapkan lagi kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala dan meningkatkan strategi pemerintahan AS di wilayah tersebut.

Presiden terakhir Amerika Syarikat mengunjungi Malaysia adalah Lyndon Johnson pada tahun 1966. Pada ketika itu, kunjungan beliau mengejutkan banyak pihak, kerana Amerika Syraikat tidak memberi banyak perhatian kepada negara kecil Malaysia, yang  mencapai kemerdekaan dari Inggeris. Malaysia melihat kunjungan beliau sebagai satu penghormatan besar, kerana Amerika Syarikat dianggap adalah pelindung utama mereka melawan kemungkinan tindakan agresif luar. Kunjungan Presiden Johnson dilihat sebagai memberikan sokongan untuk sebuah negara demokrasi yang sedang dalam pemulihan diri dari tahun-tahun pemberontakan gerila komunis dan menyokong polisi AS di Vietnam Selatan.


                                                              Presiden Johnson melawat rumah tradisional Malaysia. Kampung ini dinamakan Kampung LBJ sebagai penghormatan kepada beliau. (Foto digunakan dengan kebenaran daripada Kedutaan perpustakaan Malaysia.)

Kunjungan Obama ke Kuala Lumpur akan berlangsung dalam kondisi yang sangat berbeza. Pada peringkat politik dan keamanan, hubungan AS-Malaysia mengalami perubahan dramatik setelah pertemuan antara Obama dan Najib dalam persidangan pengawalan nuklear di Washington pada tahun 2010. Sebelum mesyuarat itu, Parlimen Malaysia telah meluluskan undang-undang kawalan eksport untuk menguatkan usaha Malaysia untuk menyekat perkembangan senjata nuklear. Dalam pertemuan tersebut, Najib menawarkan untuk menghantar anggota tentera perubatan bukan tempur ke Afghanistan. Kedua-dua langkah ini memberi isyarat bahawa Malaysia bermaksud untuk meningkatkan hubungan dengan Amerika Syarikat dan mendorong Timbalan Setiausaha Luar Negara untuk Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell menggambarkan Malaysia sebagai negara di Asia Tenggara yang telah banyak meningkatkan hubungan dengan AS, sebahagian besarnya pada tahun 2010.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala di antara Amerika Syarikat dan negara Asia Tenggara yang dinamik ini (Malaysia) juga mencapai tahap baru. Selepas usaha untuk perundingan perjanjian perdagangan bebas dua hala bawah pemimpin terdahulu, Najib akhir tahun lalu telah membawa Malaysia ke rundingan sembilan negara di Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), termasuk Amerika Syarikat. Tidak lama selepas mengambil alih, Najib mencadangkan beberapa pembaharuan ekonomi dalam sektor perkhidmatan, yang membuka lebih banyak peluang untuk pelabur-pelabur antarabangsa, termasuk syarikat-syarikat AS.

Sejarah peribadi Obama di Asia Tenggara menambah nilai emosi kunjungan beliau ke Malaysia. Melalui ibunya, guru Bahasa Inggeris, Obama datang untuk tinggal di Indonesia, memahami bahasa Melayu, dan belajar tentang budaya di Asia Tenggara. Keinginan untuk lebih ramai rakyat Amerika memahami rantau ini mendorong Najib untuk mencadangkan kepada Obama dalam satu mesyuarat di New York pada September lalu supaya Amerika Syarikat menghantar lebih ramai guru Bahasa Inggeris ke negara-negara ASEAN. Visi ini sebahagiannya direalisasikan melalui penubuhan Program Pengajaran Fulbright di Malaysia.

Lawatan oleh Presiden Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur akan mengetengahkan dinamik positif baru-baru ini dalam hubungan AS-Malaysia dan seterusnya memberi tenaga kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Kunjungan Obama ke Malaysia akan memberi isyarat yang jelas bahawa Amerika Syarikat kini sedang berusaha untuk mengembangkan hubungannya dengan dunia Islam dan meningkatkan penglibatan mereka dengan Asia Tenggara.

Oleh : Murray Hiebert dan Zulkifly Malek

*Murray Hiebert adalah Fellow Kanan dan Timbalan Pengarah Program Asia Tenggara di CSIS di Washington, DC. Zulkifly Malek adalah seorang pegawai perkhidmatan luar negara Malaysia dan fellow melawat Asia Tenggara bagi Program CSIS ini. Pandangan yang dinyatakan adalah dari beliau sendiri, dan tidak melambangkan pendapat Kementerian Luar Malaysia atau Malaysia.

http://cogitasia.com/time-for-obama-visit-to-malaysia


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More